13 September 2008

Mesin Model Lama


Beberapa ketika dahulu....


Mesin basuh berkenaan telah beroperasi dengan menggunakan duit syiling RM1.oo. Walaubagaimana pun penggunaan tersebut tidak bertahan lama berikutan duit syiling RM1.00 tersebut telah dimansuhkan. Bagi meneruskan perjuangan dalam perniagaan tersebut, mesin telah diubah pada penggunaan duit syiling RM0.50. Dalam pada masa mesin tersebut beroperasi, Satu misi soal selidik telah dijalankan terhadap pengguna mesin tersebut. Dalam soal selidik tersebut, pihak kami telah menerima aduan daripada pengguna yang mana penggunaan duit syiling RM0.50 tersebut telah membebankan para pelajar untuk mencari duit tersebut.

Dalam usaha pihak syarikat mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut, Coin Slot tersebut sekali lagi di ubah penggunaannya. Oleh yang demikian, pada masa sekarang mesin basuh tersebut boleh menerima penggunaan duit Syiling 10sen, 20sen dan 50sen untuk memudahkan pengguna.


MUHAMAD RIDUAN JAAPAR

Pengarah Urusan
EU Maju Enterprise

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

menarik dalam biz ini.. boleh cuba nei..