17 Disember 2008

ANGGARAN HASIL KUTIPAN


Disini saya bagi contoh pengiraan keuntungan

sebulan = 30 hari

sekali basuhan lengkap = RM2.50 ( harga bergantung kepada perbincangan dengan pihak pengurusan asrama nak tetapkan berapa, selalu dlm rm2.00 hingga rm3.00 )

waktu hari sekolah = 20 hari

waktu cuti sekolah = 8 hari (sabtu dan Ahad )

A. waktu hari sekolah

jika

5 pengguna x rm2.50 x 20 hari = 5 x 2.5 x 20 = rm 250.00

B. waktu hari cuti

jika

10 pengguna x rm2.50 x 8 hari = 10 x 2.5 x 8 = rm200.00


A + B = RM450.00


RM450.00 ( Keuntunggan bersih untuk satu unit mesin) tidak termasuk dengan harga sewa tapak atau % setiap kutipan diabuat untuk sumbangan kepada pihak sekolh

Sekian, dimaklumkan.

26 November 2008

Anggaran Yang Biasa Diperolehi

Berikut diberi anggaran yg biasa saya dapat mengikut tempat\Premis

Sekolah-sekolah = RM 200 sehingga RM400 Sebulan

MRSM = RM 200 sehingga RM 500 Sebulan

Kolej/IPT = RM 200 sehingga RM 600 Sebulan

Kolej Jururawat = RM 200 sehingga RM 800 sebulan

13 September 2008

Mesin Model Lama


Beberapa ketika dahulu....


Mesin basuh berkenaan telah beroperasi dengan menggunakan duit syiling RM1.oo. Walaubagaimana pun penggunaan tersebut tidak bertahan lama berikutan duit syiling RM1.00 tersebut telah dimansuhkan. Bagi meneruskan perjuangan dalam perniagaan tersebut, mesin telah diubah pada penggunaan duit syiling RM0.50. Dalam pada masa mesin tersebut beroperasi, Satu misi soal selidik telah dijalankan terhadap pengguna mesin tersebut. Dalam soal selidik tersebut, pihak kami telah menerima aduan daripada pengguna yang mana penggunaan duit syiling RM0.50 tersebut telah membebankan para pelajar untuk mencari duit tersebut.

Dalam usaha pihak syarikat mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut, Coin Slot tersebut sekali lagi di ubah penggunaannya. Oleh yang demikian, pada masa sekarang mesin basuh tersebut boleh menerima penggunaan duit Syiling 10sen, 20sen dan 50sen untuk memudahkan pengguna.


MUHAMAD RIDUAN JAAPAR

Pengarah Urusan
EU Maju Enterprise

Bagaimana Mesin Ini Berfungsi




Tuan/Puan

Untuk mesin yang saya sediakan ini adalah berkapasiti 7kg kering seperti mana mesin automatik yg digunakan dirumah persedirian. Untuk menjalankan perniagaan dari pada mesin tersebut, saya telah membuat penambahan pada mesin tersebut dimana Coin Slot Power Timer telah dipasang berhampiran mesin untuk mengawal aliran arus elektrik masuk ke mesin basuh berkenaan. Pada Coin Slot Power Timer tersebut akan disetkan berapa harga yg diperlukan dan tempoh masa bagi penggunaan mesin tersebut. sekiranya pelajar ingin menggunakan mesin tersebut, pelajar hendaklah memasukan sejumlah wang syiling sehingga cukup seperti yang telah ditetapkan. Kemudian barulah mesin berkenaan akan beroperasi sehingga cukup tempoh yg ditetapkan, sekiranya kuantiti sebanyak 7 kg, mesin akan beroperasi selama 45 hingga 49 minit. Oleh yang dimekian, mesin akan disetkan selama 60 minit bg tujuan extra pada tempat yang kemungkinan tekanan air rendah. sekiranya tuan berminat, saya berada di Muar dan tuan boleh hubungi saya bagi tujuan pembelian dan perbincangan. Segala tunjuk ajar bagi setting Coin Slot akan diajar pada tuan. Untuk maklumat lanjut pihak tuan boleh berhubung terus dengan:-



hantar maklumbalas tuan kepada pihak kami di alamat email kami eumajuent@yahoo.com .




MUHAMAD RIDUAN JAAPAR



Pengarah Urusan
EU Maju Enterprise